SATU interpretasi detik-detik indah apabila kehidupan mencerminkan kesenian, Wangian Imitation merupakan bahagian empat kitaran kedua naratif Amouage yang sangat dinanti-nantikan daripada Pengarah Kreatif, Christopher Chong. Hasil eksplorasi serba peribadi di bandar raya New York pada tahun 1970-an, Imitation diilhamkan oleh kenangan manis zaman kanak-kanak Chong dan pengalaman pertama menjejakkan kaki di sebuah kota raya dipenuhi grafiti, lampu neon dan kepelbagaian budaya, dilentur dengan cara beliau melihat dan memahami seni pada masa kini.

Terdapat dua jenis wangian iaitu Imitation Man, hasil sentuhan Chypre dan Kulit yang menggambarkan era keberanian dan kebebasan. Dan Imitation Woman membawakan keharuman flora sebagai satu penghargaan untuk era yang tidak dapat dilupakan. Harga bagi wangian Imitation Man (100ml) RM1,145 dan Imitation Woman (100ml) berharga RM1,190.