HADIR dengan bekas yang unik serta berwarna penuh kemewahan, menjadikan pemberian kek bulan tahun ini sebagai satu hadiah yang mewah.

Penghasilan itu dibawakan oleh Hilton Kuala Lumpur dengan kerjasama pereka fesyen antarabangsa terkemuka, Khoon Hooi.

Bekas hadiah kek bulan yang eksklusif dan elegan dalam bentuk seakan beg tangan kecil itu amat sesuai untuk orang tersayang. Di samping dihiasi dengan kain brokat yang digunakan dalam koleksi Fallen Khooi Hooi.

Terdapat dua pilihan kotak tersebut sama ada edisi terhad Midnight Bloom atau Kotak siri Blossom edisi pengumpul.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Hilton Kuala Lumpur, Alex Cotterill berkata, kerjasama itu bukan berakhir di situ, tetapi berterusan kerana bidang perhotelan dan fesyen memang saling berkaitan.