BAGI bakal pengantin, rekaan terbaharu busana pengantin oleh byMeichi, jenama fesyen terkenal boleh dijadikan pilihan. Busana baharu yang diperkenalkan mempunyai reka bentuk dan gaya tersendiri dengan inovasi unik, dinamakan Infinity Wedding Gown di bawah label Emcee Bridal.

Uniknya apabila si pemakai boleh membuat pelbagai penukaran pada hari perkahwinan mereka dengan hanya satu gaun inventif, menjadikannya pilihan praktikal untuk hari bahagia pengantin moden hari ini.