SEMAKIN meningkat usia, tahap kolagen dan keanjalan kulit menurun, menyebabkan lingkaran gelap, bengkak, beg mata, dan kedutan mula kelihatan di sekeliling mata. Bagi mengatasi masalah tersebut, Neal's Yard Remedies, kedai herba dan organik, memperkenalkan satu lagi produk baharu iaitu Frankincense Intense Lift Eye Cream yang dirumus untuk membantu kawasan sekeliling mata, sambil meningkatkan kecerahan keseluruhan di sekitar mata. Ia juga berfungsi mengurangkan tekanan dengan kebaikan kandungan di dalamnya seperti getah kayu kemenyan, kafein teh hijau, kapur kunyit dan tumbuhan organik lain.