BARU-BARU ini, FashionValet dan Boost telah menyerahkan hasil sumbangan daripada Kempen Inisiatif Kebajikan Berbelanja dengan slogan “Make a meaningful fashion statement” yang dianjurkan bermula Ramadan sehingga 15 Jun lalu, kepada Pusat Jagaan Emas Sri Mesra (Mesra Home).

Sumbangan itu hasil kerjasama kedua-dua syarikat ke atas pembelian pelanggan di mana-mana kedai fesyen FashionValet dengan sekurang-kurangnya RM200 yang menggunakan Boost akan menerima wang tunai sebanyak RM20!.

Sama seperti perkongsian awal mereka, pembelian yang dilakukan menggunakan Boost di mana-mana kedai FashionValet fizikal, 10 peratus daripada jumlah bil akan disumbangkan ke rumah amal tersebut.

Sumbangan tunai itu diserahkan bagi meringankan pengurusan Mesra Home yang menjaga ramai wanita kurang berkemampuan dari segi kewangan.