EMEL, jenama pereka fesyen yang popular di negara ini, baru-baru ini menyampaikan hadiah utama kepada pemenang bagi peraduan #COLOURFULRAYA Contest 2018.

Wan Nor Salasiah Wan Mohamaed dipilih sebagai pemenang utama yang membawa pulang sebuah kereta Renault Capture edisi Emel.

Penyampaian hadiah disempurnakan Pengurus Pemasaran Senior TC Euro Cars (pengedar Renault di Malaysia), Jocelyn Ong.

Hadiah iringan lain termasuk pemberian baucar baju Kurung Emel dan baucar produk Panasonic Beauty.

Pengumuman hadiah utama tersebut berlangsung di Avenue K yang juga bersempena pelancaran Kempen Raya Avenue K baru-baru ini.