UNTUK meraikan Hari Merdeka dengan semangat yang indah dan patriotik, Elianto telah mereka khas produk terbaharunya edisi terhad iaitu pewangi EDP dan tisu lembap dengan rekaan bunga raya. Wangian Elianto edisi terhad itu mempunyai gabungan beberapa ekstrak bunga raya dan bau buah-buahan seperti limau gedang, pic, rasberry, ros, vanila dan pelbagai lagi. Wangian ini boleh didapati pada harga RM16.90 dan tisu lembap pula pada harga RM12.90.