DUTCH Lady, menawarkan rumusan DHA (asid docosahexaenoic) tertinggi bagi menyokong perkembangan kanak-kanak berumur antara satu hingga tiga tahun dalam pek baharu yang diperkenalkan di Menara Kuala Lumpur, menara satelit tertinggi di ibu kota, baru-baru ini.

Berucap ketika pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Tarang Gupta berkata, syarikat itu sentiasa membuat penambahbaikan terhadap produk dan bertanggungjawab membentuk kategori pasaran susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia.

“Sejak diasaskan di Malaysia lebih 55 tahun lalu, syarikat kami komited untuk membekalkan nutrisi menerusi produk tenusu yang dipercayai. Seiring itu, kami telah berjaya membawakan beberapa kemajuan dalam kategori nutrisi kanak-kanak,” jelasnya.

Tahun-tahun awal kanak-kanak merupakan tempoh perkembangan kognitif, emosi dan sosial yang penting; dan ramai ibu bapa memahami kepentingan asid DHA sebagai nutrien yang menyokong perkembangan kanak-kanak.

Dutch Lady 123 juga mengandungi kandungan nutrien yang lebih tinggi untuk protein, vitamin D3, vitamin C (dan lebih lagi) yang penting buat kanak-kanak yang sedang membesar.

Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Ashlee Ng menjelaskan kepentingan untuk mempunyai kandungan DHA yang tinggi dalam susu kanak-kanak.

“60 peratus daripada otak terdiri daripada lemak dan salah satu jenis lemak paling penting adalah DHA yang membantu perkembangan otak kanak-kanak,” ujarnya.

Ashlee menekankan bahawa walaupun DHA banyak dalam ikan berlemak, ia mungkin tidak mudah didapati atau ditambah dalam diet anak setiap hari untuk memastikan DHA diserap sepenuhnya. Namun, ini bukan masalah bagi susu rumusan yang biasanya diminum setiap hari oleh kanak-kanak Malaysia, terutamanya yang berumur antara satu hingga tiga tahun.

Bersetuju bahawa DHA membantu membina asas perkembangan otak seseorang kanak-kanak berumur satu hingga lima, Dr Yong Junina, dijemput sebagai tetamu khas untuk berkongsi kepada ibu bapa cara-cara untuk merangsang perkembangan kognitif anak.