BAGI menunjukkan Bata Malaysia memasuki dunia fesyen baharu yang menyerlahkan gaya kontemporari dan moden memenuhi trend semasa, satu kempen mengenainya telah dilakukan berjudul “Come & Be Surprised". Ia mengalu-alukan pelanggan untuk datang ke mana-mana butik kasut mereka dan mendapatkan pelbagai pilihan fesyen terkini kasut jenama tersebut antaranya yang terbaharu adalah  Koleksi ‘Red Label Collection’ yang trendi dan moden untuk kelihatan lebih bergaya.