PENERAJU lampin pakai buang, Drypers tampil membantu ibu bapa berdepan cabaran dengan memperkenalkan indikator saiz ideal dengan ciri panduan Tummy Fit Guide dengan lampin pakai buang versi baharu, Drypers Wee Wee Dry.  

Menurut Drypers, ciri tersebut dicetak pada zon pita pelekat yang membolehkan ibu bapa mengenal pasti sama ada lampin itu dapat muat dan sesuai dengan si kecil atau tidak.

Ciri baharu ini memastikan si kecil kekal kering kerana saiz lampin ‘Fit’ dapat membantu mengelak kebocoran selain memastikan bayi selesa. Tummy Fit Guide juga boleh dijadikan alat bantuan berguna untuk membantu ibu bapa memantau tumbesaran anak.  

Pengarah Pemasaran Vinda Marketing (M) Sdn Bhd, Evelyn Chan berkata, salah satu ciri yang diperbaharui ialah enam AbsorbDRY layers dengan lapisan lilac yang baharu.

"Ia membantu menyerap dengan pantas malah menyalur urin dengan lebih sekata bagi mengelakkan kebocoran. Lampin yang FIT dan kering ini membolehkan si kecil bergerak bebas dan selesa,” katanya.

Lampin Drypers Wee Wee Dry Newborn memberikan penjagaan dan perlindungan optimum dengan ciri penjagaan pusat bagi memelihara bahagian tali pusat bayi.

Sementara itu, sempena pelancaran Drypers Wee Wee Dry, pelbagai permainan, pemberian belon, persembahan tarian, silap mata serta badut menjadi sebahagian acara dan aktiviti yang diadakan.

Tak cukup dengan itu, Drypers mengadakan Drypers Blue Wheels dengan pelbagai aktiviti promosi menarik dan pelanggan Drypers boleh mengunjungi laman web atau media sosial rasmi Drypers Malaysia untuk menikmati peluang memenangi hadiah istimewa.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari Facebook Drypers Malaysia atau laman web www.drypers.com.my.