DENGAN lagu-lagu karya pencipta tanah air dan ahli Mouseketeer baharu, anak-anak dan peminat Disney Club Mickey Mouse mendapat lebih keseronokan dan komedi dalam musim kedua ini yang mula bersiaran setiap Jumaat, 2.30 petang Saluran Disney (Astro 615).

Antara yang terlibat ialah penyanyi dan pencipta lagu Hael Husaini, Haqiem Rusli dan pelakon Diana Danielle. Selain itu, Charis akan kembali menghidupkan peranannya sebagai ketua Mouseketeer bersama-sama dengan ahli Mouseketeer lain, iaitu Dheena, Erissa, Faiz, Gabriel dan Wafiy. Bakat baharu Ellya yang berumur 14 tahun akan menyertai keluarga Mouseketeer dalam musim baharu ini.

Episod pertama memaparkan lagu rancak “Start Me Up”, sebuah karya Audi Mok yang dipersembahkan oleh artis-artis Malaysia ternama termasuklah Faizal Tahir, Joe Flizzow dan Siti Nurhaliza.

Peminat boleh menikmati lagu hebat ini di laman Disney Channel Asia YouTube (www.YouTube.com/DisneyChannelAsia). Musim ini juga, lebih karya-karya asal akan disajikan oleh pencipta lagu tempatan- Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mia Palencia.

Nafas baharu diberikan kepada Club Mickey Mouse melalui “Club Mickey Mouse: Live!” buat julung kali! Peminat bakal menikmati detik menyeronokkan bersama kumpulan Mouseketeer dengan muzik dan tarian secara siaran langsung, serta pelbagai permainan menarik.

Janganlah lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi kumpulan Mouseketeer pada tarikh-tarikh berikut: 14 – 15 Julai: Pulau Pinang, Gurney Paragon; 18 – 19 Ogos: KL MyTown Mall; dan 1 – 2 September: KL IPC Mall.