BAGI yang mencari aksesori terbaik untuk mencantikkan lagi bulu mata, boleh mencuba produk baharu keluaran dUCk Cosmetics iaitu Curl It Good eyelash curler, pembentuk bulu mata keluli tahan karat. Bagi melentikkan bulu mata, hanya halakan pembentuk bulu mata itu ke bulu mata, tekan dan lepaskan untuk hasil yang menawan. Bagi mencapai lentikkan yang dikehendaki, dUCk Cosmetics menyediakan pemegang ergonomik untuk membantu meletakkan jari dengan selesa semasa mengerling. Pad silikon ungu pula membantu membentuk lentikkan bulu mata walaupun di kawasan mencabar.