CADBURY Dairy Milk, jenama coklat kegemaran ramai di bawah Mondelēz International (Mondelez), melancarkan Cadbury Dairy Milk Kopi C – rasa edisi terhad tempatan yang dihasilkan khas bagi pasaran Malaysia. Melengkapkan produk baharu yang mengujakan ini adalah usaha sama eksklusif dengan kartunis ikonik Malaysia, Datuk Lat, yang mana ilustrasi beliau akan dipaparkan pada sarung produk Cadbury Dairy Milk terpilih. Boleh didapati di semua pasar raya besar dan pasar raya utama seluruh negara pada harga disyorkan RM8.50 bagi bar 165g sehingga 30 September ini. Selain itu, sebuah kotak hadiah edisi terhad yang memaparkan ilustrasi Datuk Lat turut ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada harga RM37.