MAHUKAN gaya tersendiri yang eksklusif dan elegan dalam pemilikan aksesori kosmetik, House of Sillage, peneraju dalam parfumerie anggun dan mewah ada jawapannya, di mana, memperkenalkan bekas dan isian semula lipstik edisi terhad miliknya.

Tersedia secara eksklusif di kedai Neiman Marcus yang terpilih dan dalam talian. Setiap lipstik edisi terhad datang dalam sarung pembawa perlindungan berbentuk reben yang menawan dengan kemasan enamel hitam atau putih dan bertatahkan lebih daripada 300 kristal potongan berlian swarovski. Bekas lipstik ini menyertakan cermin untuk aplikasi yang tepat dan mudah.

Daripada Duchess, sehingga ke Ratu, atau Countess, pengguna produk boleh menyesuaikan warna yang sepadan dengan perasaan mereka pada hari itu dan menikmati tekstur satine yang ultra berkrim dengan kemasan bibir mewah, menghasilkan ganjaran warna menawan.