AURAWHITE Global Sdn Bhd (Aurawhite), rangkaian produk kesihatan dan kecantikan baru-baru ini memperkenalkan produk terbaharunya iaitu ubat gigi Aurawhite.

Pengasas Aurawhite, Datin Nur Furyna Muhd Azmeer berkata, ubat gigi Aurawhite itu mempunyai tiga variasi, Aurawhite Whitening HD Bright and Shine, Aurawhite Coconut Charcoal dan Aurawhite Kayu Sugi Premium Toothpaste.

“Ketiga-tiga variasi ubat gigi Aurawhite ini diformulasikan khas menggunakan teknologi terkini yang bebas bahan kimia dan dirumus khusus untuk memenuhi kehendak setiap pengguna,” katanya pada pelancaran produk tersebut.

Aurawhite Whitening HD Bright and Shine mengandungi ekstrak minyak argan bagi mengekalkan kebersihan dan memutihkan gigi. Sementara Aurawhite Coconut Charcoal menggunakan arang kelapa sesuai bagi pengguna yang merokok dan menggemari makanan mengandungi bakteria.

Aurawhite Kayu Sugi Premium Toothpaste pula direka dengan gabungan kayu sugi dan daun sirih berkualiti yang mengandungi khasiat tinggi, memberikan nafas sentiasa berbau segar.