SEORANG arkitek dari Kuala Lumpur, Che Norashikin Ahmad Azmi, 25, dimahkotakan sebagai pemenang ‘Flavettes Glowing Star Search’, menewaskan 600 peserta lain dalam satu acara yang dianjurkan baru-baru ini.

Pertandingan ‘ratu cantik' dengan satu kelainan ini telah dianjurkan oleh CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd dengan matlamat untuk mencari seorang wanita muda yang berbakat, berkarisma dan berkeyakinan, dengan personaliti menarik dan wajah berseri, untuk menjadi duta baharu produk utamanya, Flavettes Effervescent Glow.

Kriteria untuk memenangi ‘Flavettes Glowing Star Search’ mencerminkan manfaat pengambilan Flavettes Effervescent Glow sebagai makanan tambahan harian untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dan memastikan kulit sihat, segar, awet muda dan cantik berseri.

Pengarah CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, usaha mencari ‘Flavettes Glowing Star’ menunjukkan bahawa kecantikan bukan sekadar dilihat daripada penampilan fizikal tetapi juga lahir dari dalam.

“Menerusi ‘Flavettes Glowing Star Search’, kami berhasrat untuk mencari seorang duta yang dapat memperlihatkan nilai jenama Flavettes Effervescent Glow berasaskan prinsip bahawa kecantikan bermula dari dalam dengan diet sihat dan gaya hidup aktif. Jika anda rasa bahagia di dalam, sudah pasti anda akan rasa lebih gembira kerana hidup anda lebih bermakna," katanya.

Flavettes Effervescent Glow membawakan formula tiga dalam satu yang mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan Glutation dengan ciri-ciri antioksidan untuk membantu menentang radikal bebas yang menyebabkan penuaan, pigmentasi kulit, kecelaan dan bintik gelap.