SHEIKHA Beauty Sdn Bhd percaya bahawa setiap wanita diberikan hak untuk menginginkan cantik dan merasakan yang terbaik, justeru melancarkan produk penjagaan kulit Al-Hur Beauty, yang direka dan dibangunkan untuk wanita dari semua latar belakang menggunakan hanya bahan semula jadi premium yang dipilih dengan diteliti dari Timur Tengah serta di seluruh dunia pada harga yang berpatutan.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Adun Kota Anggerik, Najwan Halimi, yang juga disaksikan oleh Yang Dipertua, Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia, Datuk Seri Khairul Khuzaini, beserta Pengarah Urusan Sheikha Beauty Sdn Bhd, Siti Farahana Khairuddin, Pengasas Al-Hur Beauty.

Diformulasikan dan dihasilkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), ciri unik mengenai rangkaian penjagaan kulit Al-Hur Beauty adalah bahan utamanya iaitu kaktus, ‘prickle pear’ yang dikenali dalam saintifiknya, minyak opuntia yang tekah terbukti secara klinikal mengandungi tahap antioksidan 150 peratus lebih banyak daripada minyak argan dan kaya dengan vitamin K dan E.

Bersempena dengan pelancaran itu juga, Al-Hur Beauty mempersembahkan 20 wanita yang menjadi finalis untuk pertandingan pencarian The Face Al-Hur Beauty 2018.  Finalis telah disenarai pendek daripada ribuan penyertaan dari seluruh Malaysia dan telah menjalani beberapa sesi tugasan mingguan secara berkumpulan dan individu.

Pada pelancaran itu juga, sebuah buku berjudul Kosmetik Beracun telah diperkenalkan kepada orang ramai oleh seorang ahli farmasi terkemuka dari Farmasi Pharmago, Rahman Baco yang menekankan kesan menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan-bahan berbahaya dan bertujuan mendidik orang ramai tentang kesan jangka panjang dan kepada kesihatan.