1. Keperluan harian kalori

Kebanyakan wanita memerlukan 2,000 kalori sehari untuk kekal sihat, dan lelaki umumnya memerlukan kira-kira 2,550. Anda perlu makan kurang kalori berbanding yang dibakar badan anda dalam sehari. Jika anda mengambil pen dan sekeping kertas untuk menulis jumlah kalori yang anda makan sehari berbanding jumlah kalori yang anda bakar, anda akan mempunyai pelan pengiraan kalori pada akhirnya. Anda boleh mengurangkan kalori  dengan makan kurang kalori daripada yang anda lakukan sekarang, jika anda makan terlalu banyak; bersenam lebih; atau kedua-duanya (biasanya, ini adalah cara terbaik kerana anda menguatkan badan pada masa yang sama).

2. Saiz pinggang

Saiz pinggang adalah salah satu cara terbaik untuk mengukur sama ada berat badan menjejaskan kesihatan jantung. Risiko masalah kesihatan anda dipengaruhi oleh bahagian lemak badan terkumpul, dan juga berat badan. Mempunyai terlalu banyak lemak di sekeliling pinggang boleh meningkatkan risiko mengalami keadaan seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2, dan kanser.

Cara terbaik untuk mengukur? Balut pita pengukur di sekitar perut anda atau berhampiran dengan pusat. Pastikan ia selesa tetapi tidak ketat dan jangan kempiskan perut. Anda mempunyai risiko masalah kesihatan yang lebih tinggi sekiranya saiz pinggang lebih 94cm (37 inci) jika anda seorang lelaki dan lebih daripada 80cm (31.5 inci) jika anda seorang wanita.

3. LDL dan HDL

Adalah penting untuk mengetahui bukan sahaja jumlah kolesterol anda, tetapi juga kadar kolesterol LDL yang “jahat” dan kolesterol “baik” HDL. HDL membantu mengeluarkan kolesterol LDL arteri. Oleh itu, ia membantu darah mengalir tanpa sekatan. Oleh kerana kelebihan ini, mempunyai HDL yang banyak lebih baik untuk anda. Skor di bawah 40 mg per dL (1 mmol / L) untuk lelaki, dan 50 mg per dL (1.3 mmol / L) untuk wanita dikira rendah.

4. Tekanan darah

Tekanan darah – daya yang memukul dinding arteri anda-naik dan turun secara normal. Apabila ia kekal tinggi, anda mempunyai hipertensi (tekanan darah tinggi) dan ini membawa risiko aterosklerosis, penyakit jantung dan strok yang lebih tinggi. Anda juga boleh membeli monitor tekanan darah di rumah. Tekanan darah yang ideal adalah di bawah 120/80. Ini adalah tekanan darah yang ideal untuk mereka yang ingin kekal sihat.

5. Trigliserida

Trigliserida diperbuat daripada lemak dan karbohidrat yang anda makan, yang ditukar kepada bentuk boleh disimpan dalam sel-sel lemak. Trigliserida juga dilepaskan dari tisu lemak apabila badan memerlukan tenaga tambahan di antara waktu makan. Adalah normal untuk mempunyai beberapa trigliserida dalam aliran darah, tetapi paras yang tinggi dikaitkan dengan penyakit arteri koronari-terutama dalam kalangan wanita. Bacaan trigliserida biasa adalah kurang dari 1.7 mmol / l. Doktor akan menasihatkan anda tentang berapa kerap perlu memeriksa trigliserida.

6. Kadar denyutan nadi pagi

Kira denyutan nadi anda sebulan sekali, pada waktu pagi sebelum bangun dari katil. Denyutan nadi adalah bilangan degupan jantung anda dalam satu minit. Pemantauan denyutan nadi anda secara berterusan pada awal pagi dapat membantu menilai jika senaman menguatkan jantung anda. Contohnya, kadar denyutan normal ialah 60 hingga 90 seminit. Mereka yang sihat cergas cenderung mempunyai kadar degupan jantung yang lebih rendah kerana otot jantung mereka dalam keadaan baik. Tetapi jika anda tidak bersenam secara teratur dan kadar degupan jantung anda lebih rendah daripada normal, maklumkan kepada doktor anda – ini boleh menjadi tanda penyakit jantung.  

** Kredit: Hello Doktor