Terdapat pelbagai jenis fabrik di pasaran yang boleh dijadikan pilihan untuk membuat langsir atau upholsteri. Sejak dulu antara yang menjadi pilihan adalah fabrik dari jenis poliester, sutera, linen, satin serta fabrik campuran.

Selain pengetahuan asas dalam bidang jahitan, anda juga perlu tahu dan belajar untuk memilih fabrik yang akan digunakan untuk projek yang anda lakukan untuk melengkapkan dan meningkatkan reka bentuk digunakan. 

Memilih fabrik untuk langsir harus bermula dengan mengetahui tentang fabrik itu sendiri. Cubalah datang sendiri ke kedai kain. Perhatikan bagaimana kain yang ditarik daripada gulungannya sebelum dipotong.

Ini kerana, bagi sesetengah orang, dengan melihat dan membuat perbandingan di antara fabrik yang ada, ia boleh dengan mudah membuat peralihan daripada bahan pakaian kepada kain langsir jika reka bentuk dan corak yang betul dipilih.

Mungkin terdapat sedikit perbezaan tatkala memilih fabrik untuk upholsteri. Anda perlu tahu perbezaan di antara fabrik natural dan sintetik kerana ia secara tidak langsung akan memberi kesan jangka hayat penggunaannya. Pilih warna dan corak yang bersesuaian untuk upholsteri selain kualiti bahan yang digunakan.


Dapatkan butiran lanjut dalam majalah Seri Dewi & Keluarga edisi Jun di pasaran sekarang.