Diandra ketika ditemu bual khas oleh wartawan majalah Seri Dewi & Keluarga
Diandra ketika ditemu bual khas oleh wartawan majalah Seri Dewi & Keluarga
Seri Dewi & Keluarga
Muka kulit majalah Seri Dewi & Keluarga

Ke mana tumpahnya kuah jika bukan ke nasi. Peribahasa ini sememangnya bersesuaian  bagi  Diandra Arjunaidi  yang merupakan cucu kepada pasangan pelakon dan penerbit filem disegani, Datuk Jamil Sulong dan Datin Rosnani Jamil. Jika kedua datuk dan neneknya memilih bidang lakonan, tetapi  berlainan bagi Diandra. Dia tidak memilih bidang tersebut,  sebaliknyai lebih meminati bidang muzik.

Namun sebelum menceburi bidang nyanyian, Diandra pernah mempelajari  bidang lakonan ketika  belajar dulu. Tatkala itu, dia  mengambil pengkhususan filem dan teater serta bercadang  ingin  menjadi seorang  Penerbit filem  di suatu hari kelak.  Malah dia  sendiri  pernah membabitkan diri dalam bidang lakonan ketika itu.

“Mungkin ramai yang tidak perasan,  saya pernah berlakon drama dan telefilem seperti Gemilang dan Sakura,” ungkapnya tersenyum membuka bicara.

Ternyata bakat Diandra lebih menyerlah dalam bidang muzik berbanding lakonan.  Malah ketika usia kanak-kanak lagi, dia sudah mula menjinakkan diri dalam bidang nyanyian.  Kemudian  apabila meningkat usia belasan tahun,  Diandra berusaha  mendalami  bidang muzik dengan memasuki kelas latihan vokal. Justeru pada tahun 2008, Diandra mula bergiat aktif dengan mengadakan  persembahan di pentas gig.  Ternyata dia bertuah, apabila bakatnya mula dikesan oleh  seorang penyanyi indie, .....

 

ALAMI KESUKARAN

Kini Diandra sudah boleh menarik nafas lega apabila kehadirannya dalam bidang nyanyian mula  diterima ramai. Antara lagu popular dendangannya adalah Angkasa. Lebih membanggakan dirinya, apabila  lagu ini merupakan lagu berbahasa Melayu pertama ciptaan Diandra sendiri. Meskipun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan kesukaran untuk melahirkan namun Angkasa berjaya disiapkan pada tahun 2010.

“Saya akui tidak begitu mahir dengan ayat-ayat indah bahasa Melayu. Angkasa merupakan percubaan pertama dan jika ada yang tidak kena, saya minta maaf. Pernah juga terfikir mahu mendapatkan khidmat penulis lirik tetapi hasrat itu terpaksa saya pendamkan dahulu. Jika boleh, sekarang saya mahu mencuba dahulu namun dengan mendapatkan rujukan dan pandangan daripada orang sekeliling yang lebih arif,” akuinya berterus terang.

Walaupun kini trend penyanyi YouTube kian melanda industri muzik global dan kebanyakannya mencipta jaya, namun berlainan bagi Diandra. Dia enggan dikenali sebagai penyanyi yang lahir daripada laman sesawang itu kerana menurut Diandra bakatnya dicungkil ketika membuat persembahan gig.  Selain itu, Diandra juga tidak menetapkan bermain gitar sebagai imejnya di atas pentas.

Walaupun memiliki kelulusan Diploma Seni Persembahan, Diandra tidak bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya dia mengambil keputusan melibatkan diri secara serius dalam bidang nyanyian. Apatah lagi, peluang bergelar penyanyi sudah terbuka luas dan dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang sedia ada itu. Sebagai penyanyi, Diandra berharap akan diberi peluang untuk bertemu peminat di luar Kuala Lumpur sekali gus melebarkan sayap ke negara Singapura dan Indonesia.

 

* Dapatkan lebih banyak kandungan yang menarik dalam majalah Seri Dewi & Keluarga edisi Mei

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.