EVERTON mengesahkan bahawa mereka telah berjaya mengikat pemain sayap Republik Ireland Aiden McGeady dari Spartak Moscow musim ini.

Difahamkan, bekas pemain Celtic itu telah bersetuju menandatangani perjanjian selama empat setengah tahun.

Bagaimanapun bayaran pembelian pemain itu ke Everton enggan didedahkan oleh kelab tersebut,

McGeady juga telah diperkenalkan kepada peminat di Goodison Park sebelum menang 2-0 ke atas Norwich City, kelmarin.

Untuk rekod,  pemain berusia 27 tahun itu telah menjaringkan 13 gol dalam 93 perlawanan di Rusia.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.