• Nando's Malaysia Nando's Malaysia
  • RasaMas RasaMas
  • Kenny Roger Roaster Kenny Roger Roaster
1 /

Anda sudah memilih tempat berbuka? Jika masih tercari-cari, menu hidangan ayam panggang dari tiga restoran terkemuka ini boleh dipertimbangkan. Faham akan keperluan, tiga restoran terkemuka ayam panggang ini tampil dengan menu khas sempena Ramadan. Perang Jenama minggu ini memaparkan sajian istimewa yang ditawarkan restoran itu kepada penggemar ayam panggang.

Pengurus Pemasaran Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, Christina Thong

Kenny Roger Roaster (KRR) memahami, menghargai dan menghormati pelbagai perayaan di Malaysia. Pada bulan puasa ini, kami ingin meraikan pelanggan dengan membangkitkan selera bersama menu eksotik untuk berbuka sama ada yang bercadang untuk bersama keluarga, mahupun bawa pulang.

Kali ini ia menampilkan menu KRR Spicy BBQ Chicken, iaitu ayam panggang dilimpahi sos barbeku yang eksotik serta sedikit rasa pedas. Hidangan berkenaan turut dilengkapkan dengan nasi tomato wangi, bersama pilihan hidangan tambahan dan muffin perisa pandan, yang boleh dinikmati bersama minuman terbaru, Minty Passion.

Untuk kemudahan pelanggan sempena Ramadan, kami memperkenalkan perkhidmatan bawa pulang Take It Home Feast selain Roasters Ramadan Reservation (RRR), membolehkan pelanggan berbuka tanpa menunggu lama.

Hidangan untuk empat hingga enam orang menawarkan dua bebola ayam panggang, sosej koktel ayam dengan sos terkenal barbeku KRR, seekor ayam panggang dengan sos lada hitam atau sos original, satu hidangan jagung dan lobak merah, kacang panggang barbeku, dua hidangan kentang lecek bersama kuah serta dua hidangan nasi bersama enam mufin dalam pelbagai perasa dan enam minuman jus oren.



Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holding Sdn Bhd, Datuk Ahmad Zaki Zahid

Restoran ayam panggang kegemaran Malaysia, RasaMas, melancarkan menu baru dalam usaha mempelbagaikan cita rasa dan selera pelanggan setianya. Dengan slogan Ayam Panggang Kegemaran Malaysia, RasaMas menjanjikan ayam panggang terbaik, bersama kelembutan daging ayam panggang lazat diadun daripada ramuan terpilih.

Restoran RasaMas terkenal dengan keenakan ayam panggangnya dalam pelbagai perisa, dihidangkan dengan nasi ayam yang pasti menambat selera. Pada masa yang sama, turut menyajikan pilihan juadah cita rasa tempatan sehinggalah barat.

Berkonsepkan suasana nyaman dan selesa, restoran ini adalah tempat sesuai untuk sahabat handai serta keluarga berkumpul menikmati hidangan. Fokus utama adalah pelanggan berkeluarga dan anak-anak muda dan berharap menjadi restoran pilihan utama penggemar ayam panggang.

Antara yang menarik dalam menu baru adalah, Western Delights, sosej bersaiz jumbo dihidangkan bersama jem istimewa, salad ayam dan burger.

RasaMas, bermula pada 1996 di Bukit Jambul, Pulau Pinang di bawah jenama Deli Ayamas, kemudian ditukar kepada Rasa Gourmet Restaurants. Ia kemudian ditukar lagi kepada Rasa Ayamas Restaurants pada 2003 untuk mengukuhkan kaitannya dengan syarikat induk, Ayamas Food Corporation Sdn Bhd, pembekal jenama Ayamas.



Pengurus Pemasaran Serantau Nando’s Chickenland Malaysia Sdn Bhd, Fanny Chai

Sempena Ramadan ini, Nando's Malaysia menyajikan hidangan berbuka untuk dua orang serendah RM56. Hidangan utama adalah dua suku ayam bersama dua pilihan pelengkap dan Chocolate Crunch Roll serta dua jenis minuman iaitu Coca-Cola dan ice lemon tea.

Nando's di Malaysia ditubuhkan melalui usaha sama Nando’s Chickenland Malaysia Sdn Bhd dan Nando's Resources Ltd, sebahagian daripada kumpulan yang tersenarai dalam Nando’s Chickenland di Afrika Selatan.

Nando’s adalah rangkaian restoran dari Afrika Selatan dengan tema Portugis. Diasaskan pada 1987, Nando beroperasi di 26 negara dan lima benua.

Nando's pakar dalam hidangan ayam panggang sama ada lemon dan herba, mangga dan limau, sederhana, pedas atau lebih pedas peri-peri marinades. Juga menyediakan hidangan tambahan seperti nasi pedas, kentang goreng, salad, jagung bertongkol dan salad.

Dinamakan sempena Nandie, anak lelaki Fernando Duarte, seorang daripada pengasas bagi rangkaian, yang pada asalnya Portugis. Dia dan rakannya, Robert Brozin, membeli sebuah restoran dipanggil Chickenland di Rosettenville, Selatan Johannesburg, pada 1987 dan menjadi restoran Nando's pertama dibuka.

Nando's Malaysia telah menambah cawangan di Singapura. Nando's menyediakan perkhidmatan katering, penghantaran dan bawa pulang.