GEORGE TOWN - Seorang warga emas yang sedang berbasikal di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini maut apabila dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.
Gaffar Peena Mohideen, 66, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
"Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi itu, mangsa dilapor mengayuh basikal berseorangan," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng kepada pemberita di sini.
Gan berkata mayat Gaffar dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama
Artikel Berkaitan
- Polis: Perhimpunan Pakatan Rakyat di Stadium Batu Kawan tidak ada permit
- Penerima BRIM 2.0 di P.Pinang boleh tuntut bancar mulai hari ini
- Muhyiddin lawat Pulau Pinang esok
- Kajian pelan pengangkutan awam Pulau Pinang siap 2014
- Kasanova perdaya lebih 20 wanita ditahan
- Juruteknik maut motosikal langgar pembahagi jalan di Gelugor
- Polis buru suspek bunuh warga emas
- Pembantu teknikal dikhuatiri lemas di Empangan Teluk Bahang
- BN Pulau Pinang mahu rumah PPR dibina di Taman Manggis
- Polis Georgetown cari lima lelaki terlibat jenayah
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.




