KUALA KETIL - Seorang warga emas antara 15 penagih ditahan dalam satu operasi digerakkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis, semalam.

Ketua AADK Daerah Baling, Mohamad Nasir Md Radzi berkata, kesemua suspek ditahan dalam sebuah kebun kelapa sawit dan dibawa ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling bagi tujuan dokumentasi.

Menurutnya, hasil saringan,14 daripadanya didapati positif dadah jenis opiat.

"Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 dan akan ditahan di Pusat Tahanan Reman AADK," katanya.

Beliau berkata, seorang lagi suspek diserahkan kepada PDRM bagi tujuan siasatan kes di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.