BALING - Anak lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand atas kesalahan menyeludup daun ketum ke negara itu, Jumaat lalu hanya mengetahui nasib bapanya itu menerusi aplikasi, WhatsApp.

Mohammad Amirrullah Abdul Wahab,19, dari Kampung Luar Mukim Siong berkata, berita mengenai penangkapan bapanya itu diketahui selepas gambar yang tersebar, ditunjukkan oleh seorang rakan kepadanya.

"Sekitar jam 12 tengah hari kawan datang jumpa saya di tempat kerja dan tunjukkan gambar ayah ditahan polis Thailand.

"Memang saya sangat terkejut sebab kami sekeluarga tak tahu pun dia ke sana. Kali terakhir saya sembang dengan ayah sekitar jam 7 pagi, sehari sebelum kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata,bungkusan yang diikat pada badan bapanya pada mulanya disangka bom namun ia sebenarnya daun ketum.

“Ada yang kata bom, tapi ia sebenarnya daun ketum. Rakan ayah yang ikut sekali ke sana yang maklumkan, namun dia sudah dibebaskan. Nasib ayah pula tak tahu macam mana, setakat ini langsung tiada maklumat diterima," katanya.

Mohammad Amirrullah berkata, dia berharap bapanya segera dibebaskan kerana mereka sekeluarga berasa amat bimbang.

"Saya, mak, abang dan adik masih sekolah di tingkatan lima memang risaukan dia. Baik buruknya, dia tetap ayah kami. Jika masih tiada jawapan dalam masa terdekat, kami sekeluarga akan cuba dapatkan bantuan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim," katanya.

Berita seorang lelaki dan rakannya yang berasal dari Kampung Siput, Mukim Siong ditahan pihak berkuasa Thailand di Wilayah Yala pada kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan, Jumaat lalu menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan menyamun mangsa dengan menggunakan pisau, di Jalan Mahang, Kulim di Kedah, semalam.
  • KUANTAN - Seorang lelaki ditahan kerana melakukan khianat ke atas sebuah kenderaan polis dengan mengetuk cerminnya menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian di tepi jalan hadapan Masjid Annur, Ketapang Hilir, Pekan kelmarin.
  • SEPANG - Pihak polis menahan dua pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang disyaki mengedar ganja kepada pelajar lain.
  • IPOH - Seorang lelaki berusia 48 tahun yang mempunyai 21 rekod lampau antara individu yang ditahan polis dalam satu serbuan di Buntong minggu lalu kerana terlibat dalam kes pecah rumah sekitar Menglembu.
  • SERDANG - Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes janin yang ditanam berhampiran kuarters kediaman sebuah agensi kerajaan di Puchong di sini, petang Selasa lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.