JITRA - Seorang bekas penoreh dari Kampung Gelong terpaksa memperuntukkan RM600 seminggu untuk menjalani rawatan cuci darah di sebuah pusat dialisis.

Abd Ghafar Alias, 66, yang menghidap diabetes sejak 1995 dan kegagalan buah pinggang berkata, sebelum ini dia mendapatkan rawatan secara percuma di hospital kerajaan.

Namun katanya, selepas dua bulan, dia diarahkan menjalani rawatan di Jitra.

“Lepas beberapa kali duk pi cuci situ, doktor bagi surat suruh balik cuci kat Jitra. Pak cik tak tau kata kena bayar. Bila pi cuci kali pertama kena RM200, terkejut juga la. Sebab nak jimat duit, pak cik pi cuci seminggu sekali saja,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Menurutnya yang kudung kaki kiri, sebelum ini dia masih boleh berjalan, namun lebih banyak menghabiskan masa atas katil sejak Februari lalu selepas disahkan mengalami masalah buah pinggang.

Sementara itu, isterinya, Itam Hamid, 59, berkata, dia sangat berharap suaminya dapat mencuci darah di hospital kerajaan semula.

“Belanja kami pun anak-anak yang bagi seorang sikit. Dulu memotong getah saja, mana nak ada KWSP atau simpanan lain. Anak bongsu pun masih sekolah di tingkatan tiga. Tambah zaman la ni semua mahal. Nasib baik duduk kampung, boleh juga bercucuk tanam,” katanya.

Mana-mana pihak yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional 02111 29 88823772-6  atas nama Abd Ghafar Alias atau hubungi 017-4690409.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.