YAN - Kewujudan Pantai Murni Waterfront yang menjadi daya tarikan di daerah ini dicemari dengan kehadiran pasangan kekasih yang tanpa segan silu duduk berdua-duaan di kawasan peranginan itu.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Man berkata, dia sering melihat pasangan kekasih melepak di atas tembok pantai berkenaan.

“Kadang kita jadi malu sebab depa duduk berduaan, dah la duduk dekat-dekat, nak kata dah menikah muka macam budak sekolah lagi,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, Jabatan Agama Islam seharusnya memantau kegiatan sebegini supaya ia tidak berlarutan dan menjadi perkara biasa bagi masyarakat kita.

“Ramai yang tengok depa golongan muda ni duk berdating tapi nak kata apa, nak tegur memang tak makan ditegur dah.

“Saya tak faham, mana hilang sifat malu depa bila orang pandang. Kalau kita, orang tengok kita buat benda tak elok mesti cepat-cepat nak lari, tapi depa ni macam biasa saja,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin berkata, pihak pejabat agama daerah Yan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dari semasa ke semasa di kawasan tersebut secara berkala bagi membanteras masalah seperti ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT KAYU HITAM - Sepasang kekasih antara 136 penagih yang diperiksa dalam Op Perdana 3 bagi empat daerah di negeri ini yang bermula sejak 12 September lalu.
  • KAMPUNG RAJA - Seorang wanita yang masih berstatus isteri ditangkap bersekedudukan bersama lelaki lain ketika lalok dadah menerusi Ops Cegah oleh sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut di sebuah rumah sewa di Kampung Alor Lintang dekat sini.
  • AYER KEROH - Seorang lelaki bersama teman wanitanya berhadapan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa terbabit dalam aktiviti mengedar dadah, minggu lalu.
  • ALOR SETAR - Umpama berada di sebalik tirai besi! Begitulah gambaran tepat keadaan antara salah satu dari 26 bilik hotel bajet di Simpang Kuala, dekat sini, apabila dipasang geriji besi, malah dikunci dari luar.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.