PENDANG - Seorang warga emas dari Kampung Palas, di sini setia menjaga isterinya yang menghidap sakit strok sejak 2014.

Abd Rahim Ahmad, 62, berkata, isterinya, Fauziah Ahmad, 55, lumpuh sebelah badan di bahagian kiri dari kepala hingga ke hujung kaki.

Menurutnya, kini segala keperluan isterinya termasuk bergerak, makan dan mandi perlu diuruskannya.

"Sekarang dah banyak perkembangan positif, dia dah boleh bangun dan duduk sendiri," katanya.

Ditanya punca isterinya menghidap strok, Abd Rahim berkata, ia berpunca daripada tekanan darah yang tinggi.

“Pada hari kejadian, isteri tak sedarkan diri dan air liur keluar banyak sangat.

“Bila bawa pi hospital doktor sahkan dia kena strok," katanya.

Dalam pada itu, dia berkata, emosi isterinya kadang-kala tidak menentu dan kerap menangis.

“Kadang kalau dia duduk seorang saya nampak dia menangis, waktu solat pun dia dah tak ingat dan saya yang akan ingatkan dia semua tu,” katanya.

Menurutnya, isterinya itu mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) dan mendakwa tidak mendapat sebarang bantuan.

“Saya perlukan belanja yang agak tinggi untuk sara isteri dan anak bongsu kami yang masih bersekolah di tingkatan lima. Setakat ini saya buat kerja noreh getah saja.

"Dua lagi anak dah kerja, yang sulung dah kahwin, depa pun cukup makan pakai depa ja macam mana nak tolong kami tiga beranak,” katanya.

Tambahnya, dia kini tidak boleh bekerja keras kerana pernah menjalani pembedahan di bahagian perut tahun lepas.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Agro Bank 2005091000142377 atas nama Abd Rahim Ahmad.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Pelbagai bantuan sudah dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Kelantan, namun tetap tidak dihargai oleh pentadbiran negeri itu.
  • GEORGETOWN - Kesemua mangsa banjir yang layak menerima Bantuan Bencana dan Ribut secara one-off berjumlah RM700 digalakkan mengisi borang secara atas talian (online) bagi memudahkan proses permohonan dijalankan.
  • LABIS - “Dah lama mak cik tak tidur atas tilam empuk. Malam ini bolehlah cuba,” kata seorang warga emas, Rokiah Md Jim, 66, yang menerima bantuan tilam melalui program Johor Future Home 2017 Dun Tenang, semalam.
  • SUNGAI PETANI - Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP) terus mendapat perhatian apabila membantu lebih 1000 murid yang terpilih di Kedah.
  • JERANTUT - Seorang ibu tunggal sanggup mengorbankan kerjayanya demi menjaga anaknya yang sakit dan ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Terengganu sejak 30 Oktober lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.