BAYAN BARU – Sesi dialog menjadi platform pimpinan tempatan untuk turun padang dan bertemu penduduk bagi membincangkan isu-isu semasa.

Pegawai Khas Pengerusi BN Negeri, David Yim Boon Leong berkata, program itu mendapat reaksi positif masyarakat setempat yang kini memiliki medium untuk melontarkan pendapat mahupun cadangan.

Menurutnya, antara isu utama yang kini menjadi perhatian ialah isu penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang yang masih belum difahami segelintir penduduk.

“Kini, kami bekerja keras mengedarkan risalah untuk maklumat tambahan penduduk sebelum mengajak mereka untuk menandatangani petisyen yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Maklumat selanjutnya akan disampaikan kepada penduduk secara berperingkat melalui sesi dialog yang bakal dilaksanakan di kawasan Batu Uban dan Batu Maung dalam masa terdekat,” katanya selepas sesi dialog di Dewan Persatuan Penduduk Bayan Baru.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu dan penganjur program, Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Jerejak, Wong Mun Hoe.

David berkata, antara isu lain yang dibangkitkan ialah mengenai masalah kesesakan jalan raya yang semakin meruncing.

Katanya, masalah itu sudah lama menghantui penduduk dan kesesakan melampau bukan sahaja melambatkan pemandu, malah dikhuatiri mengakibatkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

“Berikutan itu, kebanyakan penduduk bersetuju akan pembinaan monorel yang dianggap bakal membantu selesaikan masalah lalu lintas.

“Ia perlu ditangani segera kerana penduduk setempat yang terpaksa berhadapan dengan situasi itu setiap pagi dan petang,” katanya.

Beliau berkata, sesi dialog itu akan dipelbagaikan dari semasa ke semasa sebagai tanda keprihatinan pemimpin terhadap masyarakat setempat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BAYAN BARU - DAP tidak akan meminggirkan pembangunan di kawasan luar bandar jika diberi mandat memerintah negara pada PRU14.
  • BAYAN BARU - Kerajaan persekutuan perlu mengambil langkah alternatif dengan segera untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik di sekitar negeri ini akibat daripada kerja-kerja penyelenggaraan kabel di Jambatan Pulau Pinang.
  • BAYAN BARU - Kesemua projek mega membabitkan tambakan laut termasuk pembinaan tiga pulau buatan di Pulau Pinang Selatan akan dinilai melalui sistem baharu laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
  • BAYAN BARU - Penduduk Pangsapuri Baystar di sini masih tidak berpuas hati dengan kerja penambakan laut yang dijalankan di bahagian belakang kediaman mereka.
  • BAYAN BARU - Penduduk di beberapa buah pangsapuri di Bayan Baru, di sini, mendakwa kehidupan seharian mereka terganggu dengan bunyi bising dari kerja penambakan laut di belakang kediaman mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.