ALOR SETAR - Dua lelaki bertindak bersembunyi di ruang dapur demi mengelakkan dari dicekup penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kulim dalam Ops Cegah di Gunung Bongsu, Kulim,dekat sini, semalam.

Bagaimanapun,tindakan pantas penguat kuasa AADK Kulim dalam pemeriksaan di sebuah rumah kira-kira 4.30 pagi itu berjaya mengagalkan taktik digunakan apabila menahan kedua mereka.

Dalam pemeriksaan lanjut, penguat kuasa AADK Kulim menemui satu bekas tin mengandungi empat tiub straw dipercayai dadah jenis morfin seberat 3.82 gram(g) dalam sebuah beg, parang,dompet duit dalam beg silang, dan satu kotak rokok mengandungi dua paket lut sinar disyaki dadah jenis methapetamine seberat 2.74 g.

Turut ditahan,seorang lelaki yang bersembunyi dalam kereta terletak di hadapan rumah itu bersama sebilah parang panjang, beg mengandungi gunting panjang,pemetik api dan satu paket dadah dipercayai syabu seberat 0.35g.

Mereka antara lapan lelaki orang yang disyaki (OYDS) berusia antara 20 hingga 45 tahun yang ditahan dalam pemeriksaan di Gunung Bongsu,Lunas dan Karangan.

Ketua Pegawai AADK Kulim, Sabarinah Aliuddin berkata, lapan individu yang ditahan bekerja kampung dan penganggur.

"Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan & Pemulihan ) 1983  dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Melalui siasatan,tiga lelaki diserahkan kepada polis until tindakan lanjut, manakala lima lagi individu direman di Pusat Tahanan Reman Serdang,  Kulim di bawah Seksyen 3(1) APD,"katanya.

Beliau berkata,pihaknya mengesyaki senjata yang dirampas digunakan untuk melalukan aktiviti jenayah.

Katanya, AADK amat komited untuk membasmi kegiatan penagihan dadah dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan dadah di kawasan mereka.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Drama lebih enam jam seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan dadah menyembunyikan diri di atas bumbung rumah penduduk di Kampung Kedai Buloh di sini berakhir selepas lelaki terbabit menyerah diri setelah kepenatan.
  • KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam, atas tuduhan menyembunyikan RM14,700 milik pengurus sebuah kedai emas.
  • ALOR SETAR - Gara-gara tidak mahu dicekup pihak berkuasa, beberapa wanita warga asing sanggup bersembunyi di atas bumbung sebuah premis kedai dua tingkat di Jalan Putra, di sini, kelmarin
  • ALOR SETAR - Gara-gara tidak mahu dicekup, ada dalam kalangan pendatang tanpa izin (Pati) menyembunyikan diri di sebalik pintu dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah kilang besi di Simpang Empat, di sini, kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.