YAN - [VIDEO] Ikon Penyokong Bola Sepak Kedah, Zulkifli Hashim, 39 sanggup menghias kereta kesayangannya dengan pelekat bertemakan hijau kuning.

Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Puaka Jerai berkata beliau mengambil keputusan menampal pelekat berkenaan bagi menyemarakkan lagi semangat musim bola bagi perlawanan Unifi Piala Malaysia.

Katanya, beliau mendapat tajaan daripada sebuah kedai di Pekan Kuala Nerang bagi menghiaskan keretanya dengan tema berkenaan.

"Ini adalah salah satu cara saya untuk menyuntik semangat pemain serta penyokong Kedah," katanya.

Zulkifli (kiri) bersama kereta miliknya yang sudah ditampat pelekat bertemakan Hijau Kuning.

Menurut Zulkifli, beliau juga akan ke Kelantan bagi memberi sokongan kepada pemain Kedah dalam misi ke suku akhir piala Malaysia yang akan menentang pasukan  negeri berkenaan dalam peringkat kumpulan.

"Saya memang minat bola sepak dan akan turun padang setiap kali perlawanan melibatkan Hijau Kuning," katanya.

Katanya, sebagai penyokong kita perlu sentiasa berada dibelakang pemain bagi memastikan mereka sentiasa bersemangat setiap kali perlawanan berlangsung.

"Kalah atau menang itu adalah rezeki tetapi sokongan yang padu perlu ditonjolkan terlebih dahulu," katanya.