KUALA KETIL - Lima gerai di hadapan Masjid Madinatul Ilmi di sini rosak dilanda ribut petang tadi.

Penduduk, Mohd Zukhi Ghazali, 54, berkata, ketika kejadian sekitar jam 5.30 petang itu angin ribut melanda dalam tempoh lima minit .

Menurutnya, bencana itu turut merosakkan bumbung empat gerai jualan, kedai makan dan kandang kambing.

"Ada bumbung yang diterbangkan lebih 30 meter sampai masuk dalam kawasan perkuburan.

"Nasib baik tiada siapa-siapa, jika kena bumbung tu mungkin jadi sebaliknya," katanya.

Difahamkan, Adun Kuala Ketil, Mejar ( B) Mansor Zakaria turut menggerakkan bantuan  mengenal pasti jumlah sebenar kerosakan.