KANGAR - Seorang pekerja kedai makan di sini, Zunita Azira Zainol, 33,terkejut dan teruja selepas diumumkan sebagai pemenang Peraduan Hari-Hari Duit Raya, baru-baru ini.

Zunita yang berasal daripada Kampung Pida 9, Kodiang, Kedah berkata, penyertaannya dalam peraduan berkenaan sekadar suka-suka sahaja.

Katanya, dia tidak meletak harapan tinggi kerana sedar saingan sengit yang diterima daripada pembaca-pembaca lain.

"Saya selalu masuk semua peraduan yang Sinar Harian buat, tapi tak pernah menang, itu yang terkejut bila Sinar Harian telefon kata menang tu,"katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, hadiah wang tunai RM500 yang dimenanginya itu akan dibelanjakan dengan sewajarnya.

"Saya ingat nak buat makan-makan dengan keluarga sikit dan selebihnya saya nak simpan untuk kegunaan masa depan,"katanya yang telah menghantar lima penyertaan sebelum ini.

Zunita berkata, sebagai pembaca setia Sinar Harian, dia gemar menyertai segala peraduan yang dianjurkan di dalam akhbar.

"Sebab setiap hari beli akhbar ni kan, sayang la kalau tak ambil peluang...In Syaa Allah kalau lepas ni ada lagi peraduan lain, dan saya ada kelapangan, saya akan cuba sertai,"katanya.