TAIPING - Seorang remaja lelaki yang tidak sedarkan diri selepas terjatuh di kawasan  lombong berhampiran Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, dekat sini disahkan meninggal dunia di dalam perjalanan ke Hospital Taiping petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Rizuan Mohamad Yazid, 18, difahamkan pergi memancing bersama rakan-rakannya dan dipercayai mangsa tergelincir ketika turun untuk mengambil joran yang tersangkut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Muhammad Yassir Adnan berkata sepasukan enam anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 4.32 petang tadi.

Katanya, mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan anggota bomba dan penduduk kampung telah membuat pertolongan cemas (CPR) pada 4.42 petang.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian petang tadi. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUCHING - Sebuah kapal terbang milik Hornbill Skyways Sdn Bhd tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) petang tadi.
  • ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah akan mengadakan pemeriksaan berkala ke atas pusat pengajian pondok dan tahfiz di seluruh negeri ini bagi mengelak insiden di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berulang.
  • MERU RAYA - Bomba mengambil masa lebih lima jam untuk membersihkan kesan tumpahan simen sepanjang 500 meter di Kilometer 266 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) berhampiran Terowong Menora di sini, awal pagi ini.
  • ALOR SETAR - Orang ramai dipelawa memeriahkan kempen kesedaran keselamatan kebakaran dan Larian Jerai anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, di Gunung Jerai, 13 Mei ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.