GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang komited melaksanakan beberapa janji dalam manifesto PRU13 yang masih belum dilaksanakan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia masih dalam rancangan dan akan dilaksanakan secara berfasa.

"Kerajaan negeri berjaya melaksanakan kebanyakan manifesto PRU13 yang terdiri daripada 12 teras utama.

"Bagi manifesto yang belum dapat ditunaikan, ia masih dalam rancangan dan akan dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan-soalan lisan oleh Mohd Yusni Mohd Piah (Pas- Penaga) yang mempersoalkan sejauh mana janji manifesto PR berjaya dilaksanakan.

Menurutnya, bagi manifesto berkaitan dengan bidang kuasa kerajaan pusat, kerajaan negeri akan terus mengadakan perbincangan untuk mencari penyelesaian terhadap pelaksanaannya.