SIK- Pas mendakwa berlaku penyelewengan bagi projek paip air masyarakat di sekitar Dun Belantik apabila mendapati kosnya menelan RM 500,000 hingga RM 600,000 bagi setiap satu kampung.

Antara kawasan terlibat projek berkenaan ialah Kampung Radek, Kampung Bukit, Kampung Jelutong, Kampung Jering, Kampung Bendang Man, Kampung Charok Sireh.

Difahamkan, projek itu bagi membekalkan air daripada kawasan bukit kepada rumah penduduk dan ia diselia di bawah kerajaan negeri.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Sik, Subki Sulaiman berkata, kos digunakan bagi menjalankan projek berkenaan tidak munasabah.

"Kos digunakan tidak masuk akal apabila untuk satu kampung sahaja sudah mencecah RM 500,000 hingga RM 600,000.

"Sedangkan bagi projek sama ketika Pas memerintah, kosnya hanya menelan RM 25,000. Ia bukan beza sekali ganda, tetapi berbelas kali ganda," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa tinjauan projek paip air masyarakat di Kampung Jelutong.

Menurutnya, peruntukkan RM 25,000  dapat menampung bekalan air kepada tiga kampung dengan jumlah melebihi 200 penduduk.

"Dengan kos RM 25,000, Pas dapat bekalkan air dari Lata Hujan Lebat kepada Kampung Melaka, Kampung Gulau dan Kampung Landai.

"Namun hari ini untuk projek sama di Kampung Landai sahaja melibatkan kos bernilai RM 600,000. Jika tiga kampung kosnya sudah mencecah melebihi RM 1 Juta," katanya.

Dalam pada itu, cubaan Sinar Harian mendapatkan maklum balas Majlis Daerah Sik, Adun dan Ahli Parlimen tidak berjaya.

Namun, Pegawai kepada Datuk Mansor Abdul Rahman memaklumkan akan mengatur pertemuan di antara Sinar Harian dan Ahli Parlimen tersebut bagi menjelaskan isu berbangkit.

"Datuk sedang meneliti isu ini untuk memberikan kenyataan, satu pertemuan akan diatur antara Sinar Harian dan beliau" katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SABAK BERNAM - Pas Selangor menolak sebarang kemungkinan kononnya berlaku gelombang kemasukan kedua pemimpin dan ahli parti mereka di negeri itu untuk bertanding atas tiket PKR pada PRU14.
  • TEMERLOH - Angan-angan Pas kononnya untuk mentadbir Pahang dengan pentadbiran yang lebih baik sebenarnya hanyalah retorik semata-mata.
  • MARANG - Pas Cawangan Titian Rawa menjadi cawangan pertama merasmikan markas pilihan raya mereka bagi kawasan Dun Bukit Payong di sini, malam kelmarin.
  • KUALA TERENGGANU - Pemimpin Pas membidas sikap segelintir pihak dalam Pakatan Harapan yang menyerang parti itu berhubung penyertaan Pas dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Masjidil Aqsa bersama-sama Umno, di Masjid Putrajaya, Jumaat ini.