LUNAS - Seorang pekerja tol di Plaza Tol Lebuhraya Butterworth Kulim Ekspress nyaris maut apabila pondok tol di mana dia bekerja runtuh setelah dirempuh treler sarat dengan muatan kayu balak kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Pekerja tol yang berada di tempat kejadian berkata, mereka telah menghalang treler itu dari melalui lebuh raya terbabit sebaliknya menggunakan jalan lama dari Lunas ke Seberang Jaya memandangkan muatan dibawa terlalu lebar.

“Kami telah maklum kepada pemandu bahawa muatan yang dibawa terlalu banyak dan lebar, ini mengakibatkan laluan tol menjadi sempit. Dia hanya tersenyum dan meneruskan juga niatnya itu.

“Pekerja tol yang ketika itu berada dalam pondok melarikan diri sebelum pondok itu runtuh. Bagaimanapun tidak berlaku sebarang kecederaan terhadap mana-mana pihak,” katanya.

Melihatkan keadaan plaza tol yang runtuh, pemandu treler terlibat melarikan diri sebelum membuat laporan polis di Seberang Jaya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LUNAS - Seorang cucu sanggup melepaskan pekerjaan semata-mata untuk menjaga neneknya yang menghidap pelbagai jenis penyakit di Kampung Batu Lapan, dekat sini.
  • LUNAS - Seorang penebang pokok maut ketika melakukan kerja memotong pokok kelapa setinggi lima meter berhampiran Klinik Kesihatan Lunas, di sini, petang semalam.
  • LUNAS - Dua sahabat mengalami kerugian hampir RM30,000 apabila sebahagian rumah dan sebuah kereta mereka dihempap pokok kelapa sawit yang tumbang dalam kejadian ribut di Taman Sejahtera Jaya, pagi, kelmarin.
  • LUNAS - Jambatan yang menghubungkan Kampung Keladi dengan Kampung Seberang Keladi telah siap dibina dan ia boleh digunakan penduduk, bagaimanapun terdapat kesan hakisan dan retak pada bahagian konkrit jambatan itu.
  • LUNAS - Seorang tukang masak di sebuah restoran ditahan kerana memiliki motosikal curi di Taman Makmur di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.