ALOR SETAR - Polis sedang memburu beberapa suspek yang disyaki membelasah seorang pemuda keturunan Siam dalam kejadian di sebuah kebun getah di Kampung Kura, Sik pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Asisten Superintendan Mohd Radzuan Othman berkata mangsa yang hanya dikenali sebagai Chandri, 21, ditemui dalam keadaan cedera teruk pada seluruh badan selain tangan dan kaki diikat dengan tali dan rantai besi.

“Bapa mangsa yang tinggal di Kampung Lamdin, Kuala Nerang mengetahui kejadian pada 10.30 malam selepas dihubungi rakan dan bergegas ke lokasi sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Radzuan berkata siasatan awal polis mendapati mangsa dipukul oleh beberapa individu yang dikenalinya namun motif kejadian masih disiasat.

Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini dan kes disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BERA - Kesal dengan sikap guru di salah sebuah sekolah di daerah ini, ibu bapa kepada seorang pelajar yang menjadi mangsa pukul di sekolah terbabit nekad mendedahkan perkara itu demi masa depan anaknya.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki terpaksa akur apabila dijatuhi hukuman penjara 26 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam, kerana melakukan ugutan jenayah dan membelasah rakan sekampungnya sehingga cedera, dalam satu kejadian gaduh, tahun lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki terpaksa akur apabila dijatuhi hukuman penjara 26 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, kerana melakukan ugutan jenayah dan membelasah rakan sekampungnya sehingga cedera, dalam satu kejadian gaduh, tahun lalu.
  • KOTA BHARU - Padah mengganggu isteri orang dengan menunjukkan isyarat lucah, seorang lelaki warga Pakistan dibelasah orang awam sebelum ditahan polis dalam di Simpang Tiga Kedai Mulong, di sini, pagi kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.