KUALA KETIL - Pihak polis diminta mengetatkan kawalan keselamatan di dua blok bangunan premis Majlis Daerah Baling ( MDB) Pekan Baru, di sini bagi mengelakkan kes kecurian kabel berulang.

Pegawai Daerah Baling, Md Shuhaimi Abd Rahman, permintaan itu sudah disuarakan kepada Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof.

"Saya pun hairan macam mana premis tersebut boleh jadi sasaran berulang kali. Pencuri- pencuri ini bertindak sepantas kilat...bila pasang kabel waktu siang, malam dah kena curi.

"Kita juga akan minta bantuan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) termasuk unit penguatkuasaan MDB untuk buat rondaan mengejut," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata, lampu jalan di sekitar dua premis terbabit akan ditambah.

"Keadaan bergelap di kawasan itu akan diatasi dengan pemasangan lampu jalan. Kita doakan agar ALLAH tutup pintu hati mereka untuk mencuri, tetapi buat perkara lain lebih berfaedah," katanya.

Sinar Harian pada 10 Ogos lalu melaporkan enam kes kecurian kabel dalam tempoh sebulan di dua blok bangunan MDB.

Penjenayah turut bertindak menceroboh dua premis termasuk memecahkan cermin sebuah kenderaan milik peniaga.

 

 

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LIPIS - Penduduk di Kampung Baru Penjom di sini meminta pihak berwajib membaik pulih pembetung yang pecah dan jalan rosak di kampung berkenaan.
  • PUCHONG - Penduduk di Jalan TK1/7, Taman Kinrara Seksyen 1 di sini, menyatakan kebimbangan mereka apabila bahagian belakang rumah didiami mendap sedikit demi sedikit sejak setahun lalu dan kini didakwa semakin serius.
  • SUNGAI SIPUT (U) - Masyarakat berhampiran Jambatan Victoria bimbang dengan keselamatan mereka ketika melalui jambatan itu selepas pagar dawai besinya dicabut kira-kira sebulan lepas.
  • SHAH ALAM - JKJR Negeri Selangor mengambil inisiatif dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan kanak-kanak yang menjadi penumpang dalam kenderaan.
  • KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini telah memeriksa sebanyak 12 daripada 47 maahad tahfiz dan selebihnya dijangka akan selesai diperiksa menjelang hujung tahun ini.