PERMATANG PAUH - PKR Pulau Pinang yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh walaupun berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU14.

Pengerusinya, Datuk Mansor Othman berkata, ia kerana Permatang Pauh mempunyai sentimen tersendiri khususnya melibatkan pengundi terhadap bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Permatang Pauh ini menjadi kerusi kita lama, sejak dulu lagi dalam satu tempoh yang panjang. Jadi saya yakin kalau mana-mana calon berkaitan dengan Anwar bertanding di situ, kita boleh menang. 

“Kalau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal bertanding di situ dan berlaku tiga penjuru, saya yakin kita masih boleh menang,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir pada Konvensyen Amanah Pulau Pinang kali ke-2 di Dewan Yayasan Aman, Penanti, di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan Pas tidak akan bertanding di Permatang Pauh sekiranya Umno bertanding di kerusi sama kerana mungkin wujud kerjasama antara mereka di kawasan tertentu. 

“Pakatan Harapan yakin boleh menang di Permatang Pauh dan kekal mentadbir di Pulau Pinang, seterusnya menambah bilang kerusi yang lebih banyak dengan sokongan daripada Amanah dan Bersatu. 

“Saya juga berkeyakinan bahawa Umno tetap akan menjadi pembangkang di Pulau Pinang dengan kerusi yang lebih sedikit berbanding PRU lalu,” katanya.

Ditanya mengenai tarikh PRU14 yang masih menjadi teka-teki, beliau menyifatkan bahawa BN sudah hilang keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.

“Beberapa bulan lalu dia terlalu yakin, nampak macam boleh ‘makan’ tetapi ada beberapa perkara yang merunsingkan. Pertama keadaan di Sabah dan Sarawak, itu yang mempengaruhi. 

“Keduanya pula usaha untuk huru-harakan pembangkang, seolah-olah berjalan sekejap tetapi kemudian tidak menjadi. Dua faktor ini yang boleh mempengaruhi keputusan untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MACHANG - Surat layang diterima PKR Kelantan, baru-baru ini palsu dan bertujuan memberi imej negatif kepimpinan parti itu, terutama barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
  • PERMATANG PAUH - AMK mengecam penahanan 16 ahli PKR Pulau Pinang oleh pihak polis, pagi tadi.
  • IPOH - Satu laporan polis telah dibuat berikutan tiada tindakan diambil terhadap pegawai tadbir di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) yang didakwa menggunakan sijil akademik palsu.
  • PERMATANG PAUH - PKR akan terus mempertahankan semua kerusi yang ditandingi parti itu, khususnya di Parlimen Permatang Pauh walaupun Pas berhasrat meletakkan calon di kerusi berkenaan pada PRU14.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.