PEMAIN terbaik final Piala FA, Mohd Badhri Radzi menjelaskan misinya selepas ini adalah untuk memastikan Kelantan kekal sebagai lima pasukan terbaik Liga Super.

Berbaki dua perlawanan, Mohd Badhri atau mesra dengan panggilan Piya, optimis The Red Warrior (TRW) mampu meraih enam mata.

“Dua baki perlawanan ini amat penting. Kami akan berusaha memastikan Kelantan tidak kehila-ngan mata penting,” katanya.

Kapten pasukan Kelantan itu berkata, rakan sepasukannya tidak akan terus dibuai mimpi kemenangan Piala FA terutamanya ketika menentang Perak di Stadium Ipoh, esok.

“Kami sentiasa bersedia untuk mengharungi baki saingan Liga Super,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SAINGAN Kumpulan C Piala Malaysia memang tepat sekali dilabelkan ‘Kumpulan Maut’ berdasarkan undian baru-baru ini dengan penampilan tidak asing lagi tiga pasukan Liga Super iaitu Selangor, Felda United, Kelantan dan wakil Liga Premier, T-Team.
  • PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menganggap kejayaan Lang Merah menjuarai Liga Perdana musim ini pencapaian amat membanggakan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.