TELOK AIR TAWAR - Sambutan Maulidur Rasul di kawasan Bagan Tambang dimeriahkan dengan perarakan yang mana mengambil semangat perjuangan Rasulullah

Dalam masa sama, sambutan Maulidur Rasul diadakan untuk bersama memupuk semangat silaturahim antara masyarakat di sini.

Pengerusi Surau Bagan Tambang, Hasbullah Hamzah berkata, sambutan Maulidur Rasul sememangnya diadakan setiap tahun di kawasan ini.

"Sebelum ini kita sekadar adakan program di surau, seperti ceramah dan sebagainya, namun pada tahun ini, kelainan ditampilkan dengan mengadakan perarakan di sekitar kawasan ini.

"Perarakan kita adakan dengan penyertaan semua lapisan masyarakat baik tua atau muda, bersama berarak sambil berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah," katanya.

Katanya, selain perarakan, program di dalam surau turut sama diadakan disini.

"Antaranya program qasidah, bacaan Al-Quran dan pelbagai program untuk kanak-kanak di Bagan Tambang ini, bagi golongan dewasa turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma.

"Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan, hubungan silaturahim dapat dieratkan,dan semangat kekitaan inilah yang kita pupuk, masa sama mengingati Rasulullah sempena sambutan Maulidur Rasul ini," katanya.

Program ini turut sama menyertai program ini adalah Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Air Tawar Indah.