ALOR SETAR - Penyelarasan semula sistem bantuan antara agensi berkaitan diyakini mampu menyelesaikan masalah bantuan bertindih kepada asnaf memerlukan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Zakaria Othman berkata, ada asnaf dikesan menerima tawaran bantuan yang sama dari pelbagai pihak.

“Dalam beberapa kes diterima, ada asnaf meminta bantuan perumahan dengan Zakat Kedah.

"Apabila, permohonan diluluskan dia menolak tawaran bantuan itu.

“Apabila diselidik, dia telah menerima tawaran dari agensi lain, antaranya Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda). Ada pula yang tolak tawaran dari Keda dan terima bantuan kami,” katanya.

Malah, katanya, pihak mereka mendapati ada asnaf menerima bantuan RM450 dari Zakat Kedah, malah turut mendapat sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300.

Beliau berkata, pertindihan bantuan kepada asnaf dipercayai berlaku akibat sikap pemohon sendiri yang memohon kepada banyak pihak sehingga menimbulkan kekeliruan.

"Tindakan sebilangan asnaf ini menyusahkan Zakat Kedah dan semua agensi berkaitan yang perlu menguruskan permohonan dikemukakan mereka," katanya.

Untuk itu, katanya, pihaknya bercadang ingin melaksanakan penyelarasan agihan bantuan dengan agensi berkaitan, seperti peruntukan perumahan untuk memastikan isu sebegitu tidak berulang.

“Melalui penyelarasan, asnaf akan mendapat bantuan terbaik bersesuaian untuk dirinya. Manakala, individu lain berpeluang menerima bantuan diperlukan mereka,” katanya.

Malah, katanya, agensi berkaitan termasuk LZNK tidak perlu membuang masa untuk memproses sesuatu permohonan yang tidak diperlukan asnaf.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Sejumlah RM1.5 juta dana wakaf diagihkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) kepada masjid, surau, tanah perkuburan dan tadika Islam di negeri ini.
  • KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengajak umat Islam di negeri itu yang cukup haul selama setahun pada penghujung bulan ini menunaikan ibadah zakat sebelum tahun ini berakhir.
  • SHAH ALAM - Sirim Berhad merupakan senarai syarikat korporat yang menunaikan zakat perniagaan dengan jumlah paling tinggi di Selangor bagi tahun ini iaitu sebanyak RM1.4 juta.
  • SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan kempen #kongsirezeki sepanjang Disember sebagai usaha menyemai sifat prihatin dalam kalangan masyarakat terhadap golongan memerlukan di negeri ini.
  • KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2015 hingga 2017 daripada tujuh syarikat berjumlah RM2.8 juta di Istana Perak, Changkat Persekutuan, di sini hari ini.