BUTTERWORTH - Penjara Seberang Perai mencari anggota keluarga atau waris kepada seorang banduan lelaki yang meninggal dunia pada 8 November lalu.

Pengarah Penjara Seberang Perai, Husin Johari berkata,  Abdul Aziz Mohamad, 65, disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan, Hospital Sungai Bakap.

"Abdul Aziz merupakan pemegang kad pengenalan 530504-07-5013 dan alamat terakhirnya di 417 A Chulia Street, George Town," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota keluarga atau waris kepada lelaki itu diminta hadir di Unit Forensik hospital berkenaan untuk urusan pengebumian.

"Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi pihak Penjara Seberang Perai di talian 04-5858888 sambungan Unit Pejabat Rekod, Penjara Seberang Perai," katanya. - Bernama