ALOR SETAR - Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Alor Setar dipecah masuk dalam satu kejadian, pagi tadi (`13 Ogos).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Yazri Ismail berkata, kejadian hanya disedari kakitangan pejabat tersebut apabila kembali bertugas semalam (12 Ogos).

"Siasatan awal polis mendapati, kejadian berlaku antara 5.00 petang Sabtu  hingga 8.15 pagi Ahad.

"Sebelum kejadian itu,  seorang kakitangan bertugas di pejabat itu untuk menyiapkan tugasannya sebagai persediaan hari berikutnya sehingga  5.00 petang. Insiden itu difahamkan berlaku selepas itu,"katanya kepada media, petang tadi.

Tambahnya, suspek yang sama dipercayai turut bertindak menceroboh masuk melalui siling ke mahkamah sesyen dan menggeledah barangan di situ.

"Berdasarkan laporan diterima daripada pengadu, tiada barangan yang hilang atau dicuri oleh suspek. Polis percaya tindakan suspek itu seolah-olah mencari sesuatu di bilik pendaftar kerana dia hanya selongkar laci dan barang-barang berselerak tetapi fail tidak diusik, tempat duduk kerani dalam keadaan biasa," katanya.

Menurutnya, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pagi tadi.

"Siasatan awal polis juga mendapati suspek memanjat tangga milik mahkamah untuk memasuki pejabat pendaftar menerusi tingkap, berikutan tiada kesan pecah pada pintu pejabat.

"Sementara, pasukan forensik  melakukan siasatan lanjut untuk mendapatkan cap jari dan bahan bukti lain," katanya.

Justeru, katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana menceroboh tanpa mencuri.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) tiada halangan membenarkan Nurul Jannah Abdullah, 7, meneruskan persekolahan ke darjah dua tahun depan Jika keluarga angkatnya ​​dapat mengemukakan dokumen lengkap mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
  • IPOH - Seorang lelaki ditangkap selepas dipercayai cuba memecah masuk sebuah restoran makanan Barat di Jalan Meru Bistari awal pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Akibat merasuah pegawai Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), seorang pengurus syarikat khidmat pengangkutan dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
  • KAMPAR - Seorang pemotong besi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar, hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita di sebuah ladang sawit berhampiran Taman Permai, Mambang Diawan, 30 November lalu.
  • MELAKA - Dua pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) di negeri ini terlepas hukuman gantung sampai mati selepas ditawarkan pertuduhan pindaan memiliki 201.12 gram kanabis oleh Mahkamah Tinggi di Ayer Keroh di sini hari ini.