GUAR CHEMPEDAK - Pas kawasan Jerai mengambil inisiatif membantu 288 individu yang kurang berkemampuan.

Timbalan Yang DiPertua Pas Jerai merangkap Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat berkata, sumbangan raya berkenaan adalah bertujuan membantu golongan ini membuat persiapan hari raya.

Katanya, meskipun jumlahnya tidak terlalu besar namun diharapkan ia memberi manfaat kepada mereka.

“Nak beri banyak pun ramai juga yang memerlukan, jadi sedikit rezeki yang ada kita agihkan secara sama rata agar semuanya dapat merasa,” katanya.

Menurut Mohd Azam, mereka yang menerima sumbangan berkenaan terdiri daripada golongan anak yatim, asnaf dan guru Pasti.

Hadir sama memeriahkan majlis Yang Dipertua Pas Jerai, Musoddak Ahmad dan Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit.