TASEK GELUGOR - Pas mempertaruhkan penceramah terkenal, Fawwaz Mohd Jan sebagai calon bagi Dun Penanti mewakili parti Islam itu dalam menghadapi PRU14 ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoffdi hadapan ribuan penyokong di Markas Pas Pongsu Seribu, tadi.

Muhammad Fauzi dalam ucapannya mengumumkan enam calon bagi peringkat Parlimen dan 18 bagi peringkat Dun.