AYER HITAM - Dalam usaha menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, Masjid Ar-Rahman di Kerpan mengambil inisiatif menyediakan ruang pakaian percuma kepada ahli kariah yang memerlukan.

Setiausaha Jawatankuasa Masjid, Sabri Safie berkata, program berkenaan bermula sejak November tahun lalu dan semakin mendapat sambutan menggalakkan.

“Setakat ini pihak masjid telah menguruskan hampir 5,000 pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dihantar ke sini.

“Kita juga mempunyai AJK yang ditugaskan untuk mengemas dan menggantungkan pakaian,” katanya.

Menurut Sabri, pihak masjid juga dalam proses untuk menambah baik sudut pakaian agar lebih kemas dan teratur.

“Kita bercadang untuk menyediakan tempat letak pakaian dalam sangkar besi serta lebih banyak penyangkut dan penyidai.

“Alhamdulillah, sambutan dalam kalangan anak kariah amat menggalakkan dan saya harap program ini akan berterusan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.