GEORGETOWN - Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) nyaris rentung apabila terbakar dan melecur di seluruh bahagian badannya selepas pencawang utama TNB di Jalan Kangsar dekat sini meletup secara tiba-tiba.

Dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, Zaini Ismail, 35, dikatakan sedang membaiki kerosakan aliran bekalan elektrik pada pencawang itu dengan diawasi lima pekerja TNB sebelum kejadian.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba salah satu peralatan di pencawang itu meletup dan mengeluarkan api sebelum menyambar mangsa.

Akibat letupan terbabit, beberapa premis di kawasan itu terputus bekalan elektrik.

Pegawai Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Samsudin Ahmad berkata, mangsa mengalami kecederaan parah berikutan hampir 80 peratus badannya melecur.

Samsudin berkata, pihaknya terpaksa menggunakan jaket khas bagi membalut badan mangsa sebelum di kejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan.

“Ketika terkena renjatan elektrik itu, mangsa masih dalam keadaan sedar malah kakitangan TNB yang berada di situ membantu memadamkan api menggunakan pemadam api yang disediakan di dalam pencawang itu sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.

“Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada media ketika ditemui di tempat kejadian malam kelmarin.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 7.53 malam dan tiba selepas tiga minit kemudian bersama sebuah jentera dan enam anggota.

“Kita menerima panggilan mengatakan berlaku satu letupan di pencawang TNB di sini menyebabkan seorang mangsa cedera parah,” katanya.

Samsudin berkata, Jabatan Penyiasat Forensik Kebakaran akan menjalankan siasatan.

Difahamkan mangsa masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang membongkar sebuah makmal memproses dadah selepas menahan sepasang suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM245,300 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Perai, dekat sini Isnin lepas.
  • GEORGETOWN - Pergerakan Makkal Sakti Malaysia menggesa agar siasatan dijalankan terhadap pemaju yang didakwa mahu mengusir penduduk Kampung Kastam tanpa sebarang ganti rugi atau pampasan bagi memberi laluan kepada projek perumahan di kawasan itu.
  • GEORGETOWN - ga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang supaya menyiasat dua ahli majlis dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang dipercayai menyalah guna kuasa.
  • GEORGETOWN - Gerakan Pulau Pinang hari ini mendedahkan surat bantahan bertarikh 25 September tahun lepas berhubung kilang yang beroperasi secara haram di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas itu telah dihantar kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
  • GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa siasat semula kes penjualan tanah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.