JITRA- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kedah hari ini, menziarahi bekas anggota Parlimen Kuala Kedah Datuk Zakaria Said.
Najib, yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, beramah mesra dengan rakan lamanya yang diserang angin ahmar di rumahnya di Bandar Darul Aman di sini.
Turut sama ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu.
Anak sulung Zakaria, Sazali, 42, berkata beliau yang mewakili keluarganya berbesar hati menerima kunjungan Perdana Menteri yang sudi meluangkan masa melawat bapanya.
Katanya walaupun bapanya tidak dapat bercakap tetapi daripada reaksi yang ditunjukkan, bapanya gembira bertemu dengan rakan lamanya yang kini bergelar Perdana Menteri.
"Datuk Seri Najib berpesan agar kami sekeluarga bersabar dan berharap bapa saya kembali sembuh seperti sediakala," katanya kepada pemberita selepas kunjungan Perdana Menteri.
Zakaria, 68, yang merupakan Exco Pemuda Umno ketika Najib menjadi Naib Ketua Pemuda Umno pada tahun 80-an, kini terlantar sakit akibat angin ahmar sejak 2010.
Pertama kali Zakaria diserang penyakit angin ahmar pada 2006.
Zakaria yang berkecimpung dalam dunia politik sejak 1980-an mula bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit pada 1982 dan memenangi kerusi tersebut selama tiga penggal berturut-turut.
Pada 1995, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah dan berjaya menewaskan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor. -Bernama
Najib Ziarah bekas exco pemuda UMNO
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Maut digilis traktor
- Khalwat: Kantoi zip seluar terbuka
- ‘Dia ni bapak hang’, anak pura-pura tak kenal
- 'Adik rentung bersama kereta kesayangan'
- Anggota penguatkuasa MPPP samun kedai 24 jam
- Padah memandu tanpa lesen
- Pantau remaja minum arak
- Maut di hari guru
- Suami, isteri dipenjara
- Polis diminta siasat bapa Saiful cuba cemar institusi diraja
- Ibu anak 6 dicekup khalwat
- Jelmaan wak-wak hantui penjebak
- Tak sempat kebas tabung derma
- Konvoi bawa padah
- Misteri bau busuk terjawab
- Bayi terbakar meninggal dunia
- Tunai hasrat terakhir anak
- Polis dirempuh motor temui ajal
- Maut di Jalan Pusara
- Pekerja pendawaian elektrik maut




